Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Monday, September 28, 2009

Something is true ...About Woman

Emosi Aidilfitri perempuan 

(Dipetik dari Utusan Malaysia Online) -

BILA menyentuh bab pulang beraya, perempuan jarang mahu mengalah. Ada saja alasan untuk pulang ke kampung sendiri.
Sebenarnya kalau mahu dikira, tiada istilah bergilir seperti yang selalu ditetapkan. Tiada istilah adil dan saksama dalam hal balik kampung ini.
Perempuan menjadi terlalu emosional dalam hal ini. Kadar emosionalnya kalau tak sama pun, mungkin sedikit di bawah paras hal-hal berkaitan berkahwin lagi.
Aidilfitri disambut penuh emosi, sama seperti apabila ada khabar suami mereka menjalin hubungan lain.
Lelaki pula yang tidak mahu berbalah dan penat berhujah, terpaksa akur. Bukan apa, tidak mahu mencemar suasana Aidilfitri. Jika tahun ini, hari raya pertama di kampung isteri, tahun depan jangan terlalu berharap dapat ke kampung suami pula.
Memang isteri patut diberi keutamaan dalam hal balik kampung setelah sebulan pengorbanan sepanjang Ramadan tetapi hargailah juga keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan suami di kampung. Mereka juga ada memori meraikan Aidilfitri bersama.
Sepatutnya bila diberi peluang, gunakan sebaik mungkin, tetapi biasanya tidak begitu.
Emosi Aidilfitri mengatasi kelembutan dan kebijaksanaan yang ditunjukkan sepanjang Ramadan yang lalu.
Kalaupun pulang ke kampung suami, semangat sama tidak dikongsi. Hanya suam-suam kuku. Tidak terserlah wajah ceria dan semangat berkobar-kobar mahu pulang beraya bersama keluarga mentua. Baru tinggal sehari dua sudah mengeluh.
Lain apabila di kampung sendiri, berkemas mahu pulang pun ditangguh-tangguh. Patut pulang pagi jadi tengah hari. Patut bawa dua beg jadi tiga beg untuk bawa buah tangan.
Sekadar mengambil contoh, inilah antara yang dialami oleh dua penjawat tinggi kerajaan setiap kali menyambut Aidilfitri.
Seorang berpangkat satu bintang yang menaungi ribuan anggota dan seorang lagi sangat berkuasa di jabatannya.
Tetapi kuasa dan aura di pejabat tidak mampu mengekang emosi Aidilfitri sang isteri. Tahun ini mereka tetap pulang ke kampung isteri, sama seperti tahun lalu.
Kepada perempuan, mereka sentiasa ada alasan. Kepada lelaki, mereka sentiasa mengalah. from nuranilelaki@yahoo.com

Saya rase.... sy sangat sokong! Sy punya ramai saudara mara begini. Alasan - Ibu takde sape nak tolong.. walhal adik beradik ramai perempuan... atau isteri anak sulung, kena beralah...
"Mcm sy, tahun ini balik kg saya dulu sbb dah alang2... keluarga belah suami pula tak tentu balik kampung atau tidak... kerana itulah balik kampung saya dulu... jangan salah sangka ya!" Tahun depan, kalo ibu mertuaku bilang "tak balik batu gajah, so sy balik uma die di Subang then kami pergi ke N9 utk beraya... tak akan balik ke Perak!" kan senang mcm tue... Tapi kalo balik Perak, mungkin tak lama di rumah mertua sbb tahun ini dah almost 4hr di rumah mertua.. cukup2 lah!

No comments: