Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Friday, June 26, 2015

Salah Sendiri Mengundang Kesengsaraan

Saya bercerita disini bukan untuk aibkan sesiapa tp untuk menjadikan pengajaran kepada kita,  kaum hawa dan kaum adam yang berkahwin atas suka sama suka.

Jika anda telah memilih pasangan hidup anda yang sebaik2nya,  maka hargailah pasangan anda. Hargailah segala pemberian dan pengorbanan dia kepada anda.

Saya ni seorang yang panas baran dari kecil,  dan bila saya da dapat sorang yang saya suka lepaskan baran saya,  saya akan target dia aje. Dalam kes ni,  suami saya. Dulu masa kecil,  kwn baik satu sekolah,  lepas tu kawan satu exchange program,  pastu kawan college dan kemudian, kawan lain. Lama2 kawan saya fading away dari saya, lalu suami sayalah yg menjadi mangsa.

Ade ajela yang tak kena dimata saya. Suami saya datang lambat sbb jem,  sy marah dia x keluar awal. Suami saya tunggu 3jam sy tak keluar2 sbb berborak,  dia g minum,  tiba2 dlm masa10min saya tak bole tunggu dia. Dia tengah tidur kepenatan,  saya marah dia sebab taknak bangun2, dia baru nak tidur, saya marah lagi. Segalanya asik saya marah dia.

Suami mana nak tahan 6 tahun kawin asik kena marah. 4tahun pengenalan, kira 10 tahunlah dia kena je. Kerja salah,  xkerja salah. Romantik salah,  x romantik salah. Buat surprise salah,  bila x buat,  kena marah. Bila saya sedih x bagi dia peluk,  bila saya x dipeluk,  kena perli.

Sampai suami saya wonder,  apa hal bini aku ni. Dia tanya banyak kali saya jawab,  ntahla. Tatau apsal. Best kot. jawab penuh ego.

Kerana ego,  panas baran dan tidak mahu berubah untuk kebaikanlah,  suami saya mencari wanita lain yang tahu melayan,  manjakan,  dan menyayangi serta menghargai pengorbanan dia, lagi2 yang mendengar masalah dia.

Pernah suami cerita masalah dia,  yang saya tahu, saya nak marah je. Sampai dia fedup nak cite dengan siapa tatau. pada dia,  saya ni isteri bijak,  cantik dan pandai dlm segala urusan. Suami mana yang x bengang bila diminta pendapat,  tapi disalahkan pula sebab tatau buat keputusan sendiri. Katanya sebab dia dah biasa disalahkan,  buat keputusan ikut dia salah, xikut dia pon salah. Jadi dia takot. Tempat dia bergantung nak bercerita mengenai masalah pejabat, masalah self esteem terus tatau nak diberitahu siapa. Beritahu family?  Lagi teruk. Disuruhnya berhenti cari kerja lain. Itu ajela solusi keluarga dia.

Dengan isterilah tempat dia nak mengadu,  tapi dengan isteri pon sama dengan family. Siapa lagi yang bole bantu? Suami saya jenis segan nak bagitau kawan2 masalah dia dengan saya, taknak aibkan saya sebab kawan2 kenal. Kalau yang xkenal tu,  maknanya suami saya memang x rapat dan taknak cerita dengan orang juga pasal saya.

Suami saya memang manja orangnya. Dia sukakan belaian,  tp ya Allah, saya hanya tahu marah marah marah. Mana belaian manja?  Mana layanan isteri yang solehah terhadap suami?  Bila saya suruh solat, dia kata x guna solat kalau perangai x berubah. Mula2 saya marah dia cakap macam tu, yelah,  solat itu untuk pelindung,  pendinding diri tapi akhirnya barulah saya faham. Dia maksudkan saya. Solat 5 waktu kalau tak tinggal sekalipon, kurang ajar terhadap suami akan tetap ke neraka.

Suami saya memang suka berkias,  pada dia,  da besar,  faham2 sendirila. Takkan semua nak disuap? Betul katanya. Pendapat saya suami pon kena bagitau isteri yang mana salah,  terang-terangan,  apa yang salah, apa yang betul. Bukan semua ada telepati. Kalau ade,  mesti xde siapa yang bercerai berai.

apa yang bole saya lakukan adalah bertaubat dengan Allah atas kesalahan saya iaitu penyebab suami saya membenci saya,  suami saya membuat dosa dibulan mulia dan menyakiti hati kedua belah pihak keluarga saya.

Saya tengah cuba jadi yang terbaik, xkira dalam agama atau dalam real life,  kenapa sebab saya nak deduanya seimbang supaya bole membantu orang dan boleh hidup senang di akhirat.

Saya gagal jadi isteri yang baik,  dan saya harap,  sesiapa yang baca artikel ini,  akan menjadi lebih baik dan mengambil iktibar dalam menjalankan rumah tangga.

Sy minta anda semua doakan kesejahteraan saya dan suami dan semoga kami kembali seperti dulu,  pasangan romantis.

Saya rindu suami saya yang dulu,  sekarang dingin je dengan saya. Sampai saya tatau apa nak buat lagi dah. Rasa nak give up pon ade tapi saya bukan jenis nak give up cepat selagi x de usaha yang betul2. Wahai sayangku,  kembalilah padaku.

Sesal dahulu pendapatan,  sesal kemudian no use

Tuesday, February 24, 2015

sambal hitam recipe