Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Monday, April 28, 2014

Penceraian - Dimana silapnya?

Ramai yang tidak mengetahui kecantikan dalam perkahwinan. Saya bukanlah seorang yang pakar mcm Dato Dr Fadzilah Kamsah kerana dia dapat lebih ilmu dari saya tapi saya nak tolong orang-orang muda yang melangkau dalam perkahwinan ini secara tergesa-gesa, atas dasar cinta atau secara paksaan.

memang tidak dinafikan lagi dalam drama melayu, buatlah macam mana pon, cerai ke apa ke maybe akan jatuh cinta balik dengan pasangan masing-masing. hahaha ini adalah 99% salah walau kemungkinan 1% tu akan ada yang balik pada pasangan yang lama. disini saya nak cerita mengikut pemerhatian saya dalam perkahwinan sendiri dan orang lain. Cuba baca dan fahamkan dan cari dimana silapnya perhubungan kita kerana penceraian sakit tahu. yang mengalaminya, sedih saya tengok. macam-macam terjadi. saya hanya sebagai pendengar, tapi boleh rasainya.

Menipulah kalau saya kata saya tidak pernah bergaduh dengan suami dan pernah juga kami terlepas kata seperti membuat cerai taklik tapi selepas dirujuk dengan beberapa ustaz dan pakar, ketika itu kami dalam keadaan tidak waras,alhamdulilah mereka kata bukan kerana dalam keadaan tidak sedar dan tidak memaksudkannya betul-betul. jadi tidak jatuh talak sekiranya benda tersebut pernah terjadi. Nasib baik dan sejak itu kami berhati-hati dalam memilih kata-kata. gaduhlah sebesar mana pon, perkataan itu kami akan cuba elak untuk melafazkannya. contoh kata-kata itu adalah
"kalau saya da kaya nanti, saya akan tinggalkan awak."
"lepas habis hutang saya dengan awak, saya akan undur diri"
"kalau awak buat macam ni lagi, saya lepaskan awak."
dan macam-macam lagi perkataan lebih kurang macam ni la. ini CONTOH ye. bukan suami saya pernah cakap. suami saya pernah cakap macam mana ntah saya lupa.

mengenai sakit hati. baru-baru ini saya dapat panggilan dari teman saya yang baru sahaja bernikah 7bulan tapi dalam proses mahkahmah. saya terkejut kerana saya suka cara dia layan suami dia, cara mereka bergurau dan bercakap... tapi dalam proses mahkamah. sedih saya melihat dia. katanya "penat menangis dan sekarang yang keluar hanya luka" tajam kan ayatnya... mula-mula saya ragu, punca apakah perkara ini terjadi? lalu saya tanya dan dia jawab "banyak sangat shaz. aku tatau lagi nak buat apa. kalau cerita aib suami, dosa. tapi kalau tak dicerita, pahitnya aku sorang telan". saya nasihat untuk kebaikannya, eloklah dicerita pada saya tapi saya tak bole reveal mengenainya disini. yang saya nak share mengenai perwatakan mereka dari pemerhatian saya.

Mereka berdua ni dah lama single. walaupon dalam usia 30an, tapi kalau kita dah biasa single. kalau kita dah lama single, kadang-kadang ada bahayanya juga. ada bagusnya juga. kerana bila da lama single ni, tak kira la laki ke perempuan, kita akan ada perasaan ego dan independent. sebab mereka dah biasa hidup tak dikongkong, takde orang nak melekat 24jam... dan pergerakan mereka tidak perlu dilaporkan, dan segalanya. bila dah kawin, yang perempuan ni excitedlah nak cerita dengan semua orang (melalui social media- bahayanya social media dalam perkahwinan next topic) maklumlah tak pernah bercinta, tapi si suami tak suka kerana pada dia itu adalah rahsia perkahwinan mereka, kalau diberitahu pada orang lain, fitnah akan timbul dan orang akan cakap "macamlah dia sorang ada suami" dan membuka peluang pada wanita lain yang single (lelaki kan bole pasang 4) tapi si perempuan kata "apala salahnya? abaikan kata-kata orang". well, memang betul tapi kalau ianya boleh menyebabkan fitnah, bukankah dosa itu sudah menyebelahi suami? kerana itu suami berhati-hati. tapi perempuan susah nak faham (walau saya perempuan, saya pon susah nak faham perempuan lain) hahaha dan dia berkeras untuk nak cerita. satu saya faham kerana mereka tinggal jauh dari keluarga tapi saya  faham belah suaminya. perkara begitu, tidak perlu dihebahkan satu dunia.

disebabkan mereka bercinta selepas kahwin, masing-masing tidak mengenali hati budi lagi. isteri perangai bagaimana, suami perangai bagaimana. untuk perkahwinan begini, apa yang perlu dilakukan pada minggu pertama (jangan hanya pentingkan malam pertama atau honeymoon saja) adalah berbicara mengenai apa yang kamu suka, apa yang kamu tidak suka dan apa batasan. saya dapati melayu memang susah nak berterus terang dengan pasangan sendiri. kadang-kadang main buat keputusan sendiri, dan bila da terjadi sesuatu yang teruk, menyalahkan pasangan walhal perkara ini boleh dielakkan awal-awal lagi. Tanya segalanya ; apa batas saya, perlukah saya meminta izin untuk segalanya (kadang-kadang lelaki melayu agak tipikal), makanan apa kamu suka, perkara bagaimana boleh annoy kamu, apa yang kamu tidak suka, kamu jenis bagaimana dan sebagainya.

kadang-kadang jadikan perbualan ini sebagai rutin, supaya kamu kenali pasangan kamu tapi janganlah asyik bertanya soalan yang sama. kalau saya jadi pasangan anda pon memang kena marah hahah. walaupun baru bercinta, ataupon dah lama, satu benda saya dan suami amalkan adalah sentiasa cakap i love you, saya sayang awak, saya rindu awak, I miss you dan segalanya yang comel-comel. jika anda jenis yang suka memuji, puji pasangan. cakaplah dia handsome, cantik, menarik, comel. tidak kisah lelaki ke perempuan. saya jenis tak suka dipuji tapi saya bangga dapat suami saya sebab saya busuk macam mana pon, dia cakap "mama wangi, papa suka je bau macam ni". walaupon saya rasa macam "fake"nya lahai, tapi saya tahu, dia benar-benar jujur memuji. saya dan dia akan amalkan "i love you" walau kitorang gaduh besar sekali pon. contohnya dah marah-marah (mama love you tau tak!?) pastu akan mula reda. saya ingat dulu, pernah saya letak phone tak cakap I love you (sebab tengah gaduh, cakap ILY macam kelakar) , suami saya punyalah marah, dia call saya balik dan cakap "oh macam nila. dah tak sayang papa dah la eh. main letak je. ingat papa ni apa?" dan saya terpaksa cakap juga i love you, baru dia letak phone hahahah Sebab I love you je pon nak gaduh lagi hahahah saya masa tu tengah marah, tergelak sebab tak sangka perkara kecik macam tu pon nak jadikan isu tapi bila dah lama, baru tahu kenapa ianya penting. Even Dato Dr Fadzilah Kamsah pon da cakap, biasakan cakap macam tu. suami saya punya perangai, selagi tak cakap i love you, dia biar je phone tu on. seksa jiwa tau tak kena cakap. kadang-kadang dia punya akal panjang, dia sengaja buat tak dengar. saya terpaksa jerit "I LOVE YOU" dia reply me too dan letak. hahaha nakalkan

pernah saya geram, saya cakap "i hate you" banyak kali, suami saya cakap "benci tu lama-lama akan jadi rindu, sayang" dimana saya memang maksudkan pon saya benci tu saya sayang. saja nak kasi panaskan... tapi kalau suami jenis panas baran, janganlah cakap macam tu. saya dengan suami, kitorang suka gedik-gedik macam ni haha.

banyak sebab kenapa penceraian berlaku, tapi sebab paling utama adalah komunikasi. sekiranya ada masalah pasangan curang, kebanyakannya adalah komunikasi. nanti saya akan bincangkan dalam tajuk lain. ini pon salah satu punca penceraian juga kan. cara untuk atasi masalah curang dan ayat-ayat yang boleh menyebabkan suami / isteri pulang kepangkuan kita. menarik tau... tunggu!