Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Friday, January 10, 2014

whats new - luahan hati seorang wanita

luahan hati saya secara jujur setelah lama saya membuat observation, mengenai diri saya sendiri. baru nak mengaku secara berterus terang. jgn terasa eh. ni psl saya. bukan orang tau. saya sebenarnya berperangai pelik sepanjang masa sebab saya ni memang pelik. susah nak jadi manusia sebenarnya.

mungkin kerana saya wanita, keinginan utk mengandung tu ada, takde tu tipu. kadang2 cemburu tu memang ada. kadang2 saya rasa mcm tak guna jadi wanita pon ada. mana taknya, saya risau kalau ditakdirkan tidak boleh langsung sebab tak pernah rasa mengandung langsung. orang yg dah pernah mengandung maybe dorang tak de perasaan ni kerana mereka akan rasa insyaAllah mereka dah jadi wanita sempurna. kalau da penah gugur pon, at least pernah merasa dlm perut tu ade manusia.sebab perangai saya ni pelik, suka menyinggung perasaan orang maybe kerana saya memang cemburu kot. maybe orang yg mengandung akan ckp "kau dah kenapa la sial? perangai mcm sial. negative nak mampos bla bla bla".... sebab orang tak faham perasaan aku. bayangkan 5tahun kawin, xpregnant walau skali... orang slalu ckp "maybe cara main salah?" "maybe korang takde perasaan sayang dan cinta antara satu sama lain" "mak mertua tak berkat" "family dedua tak suka dedua" "korang takde duit" sampai membuatkan aku takot dengan diri aku sendiri dan overly stress about everything. seriously, susah orang nak faham aku, susah aku pon nak faham aku.

siap penah orang ckp "habislah kau tak lama lagi, ade la laki kau cari lain"..... lagi buat aku takot nak mampos... korang yg pernah mengandung, ada cara utk tahan (ramai kata - sedangkan yg dah ade anak pon bercerai)... yelah... at least kalau korang cerai, kawin balik pon... boleh ade anak lagi. aku ni? kalau cerai mati ke hidup ke, orang takkan nak janda tak subur. sebab orang kawin nak zuriat. bukan nak yang mandul.
kerana itulah perangai saya pelik nak mampos sebab saya  memang tak boleh nak buat apa. hari2 menangis tapi Allah masih blom tunaikan hajat saya utk mempunyai anak. maybe tak menangis gila2 lagi.

kenapa tetiba sekarang baru nak cakap? sebab baru2 ni saya telah di unfollow/unfriend oleh beberapa rakan yg sedang mengandung. terasa dengan saya agaknya. saya lagi terasa dengan mereka sbb boleh ckp macam-macam. takpelah tak kisah pon hahah tapi ketahuilah, saya berperangai begini sebab saya tidak pernah merasa mengandung tu mcm mana. yeah. terima kasih. itulah luahan hati saya. :)