Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Wednesday, July 22, 2009

Bolehkah anda berbahasa Malaysia?

Syarat-syarat :
1. 'Tag' dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
2. Tag orang yang telah men'tag' anda.
3. Tag orang yg anda mahu tag.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
Makan tengah hari dengan bekal yang saya bawa. Kailan Ikan Masin, Ayam Lada HItam dan pucuk ubi rebus

2. 2 jam yang lalu?
saya ke Sek MEn keb Bukit Indah Ampang untuk tujuan pemasaran

2. Anda suka
tidur, belajar bahasa berlainan,

3. Minggu lepas
saya mengambil peperiksaan pertengahan semester dan etika profesional saya teruk!

4. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
Lagu Dari Michael Jackson - Awak tidak keseorangan (You are not alone)
Lagu Gackt - Kerana mu Aku boleh - Kimi no Tame ni Dekiru Koto
Lagu Black Eye Peas - Saya dapat rasa ( I got the feeling)

5. 3 binatang yang anda tak suka
Lipas
Mak Cik Si-Ti_ _ _
Ibab

6. 5 fakta tentang anda
- saya suka menyanyi, menari dan berlakon ( dimana saya gilakan popularity)
- sekiranya saya marah, itu tanda saya sayang atau tidak bersalah. Sekiranya saya diam atau buat tak tahu, itu maknanya saya sangat bersalah. Jadi, jangan terasa kalau saya marah-marah.
- saya ratu obsesi dimana sekiranya saya minat sesuatu atau seseorang... sampai bole histeria atau mimpikan orang itu...atau bole membeli barangan itu berkali-kali tanpa jemu.
- saya sukakan lelaki yang mempunyai raut wajah yang cantik lagi-lagi Gackt. Dia sangatlah tampan dan kacak juga menawan kalbu.
- Saya cukup pantang dengan orang yang bermain tahi dengan saya iaitu mengutuk atau mengata saya dari belakang. Jika saya dapat tahu, saya akan menangis kepelikan kerana terlalu geram dan mula membuat kajian tentang diri mereka dan menulis blog sepanjang mungkin untuk mengutuk mereka balik... kerana saya tidak mampu untuk meluahkan...

7. Tahun depan mungkin
saya akan melahirkan sepasang kembar pada bulan 10. Saya sedang mengumpulkan kekuatan untuk bertanya doktor boleh tak nak kembar laki dan perempuan? bagaimana nak buat tu? bagaimana nak dapatkan anak kembar? saya taknak satu... kerana mak mertua dan ayah mertua berlainan pendapat. Sorang nak lelaki, seorang lagi nak perempuan.. lalu saya tengah merancang...Ibu bapa saya tidak kisah lalu kalau keluar mana-mana akan disayangi bagai minyak yang penuh tetapi saya phobia dengan keluarga belah suami saya dimana bimbang mereka akan bezakan kerana cucu yang lain telah nampak sangat ketara... oleh itu saya amat berhati, berhati ketika ingin memboyot.

8. Saya tak reti
diam. lebih-lebih lagi mulut saya. Saya sangatlah becok orangnya, Jadi faham-faham sajalah sekiranya anda boleh lihat ketika tidur, dalam laut pon saya boleh bercakap.

9. Saya pandai
sangat-sangat! hahaha. Saya juga sangat berpengalaman dalam pelbagai bidang kecuali dalam matematik dan sains serta kejuruteraan.

10. Kawan saya
- ramai yang cantik.. saya tergolong dalam kumpulan paling tak bergaya dan paling tidak cantik.

11. Saya ada
- suami yang sangat penyayang, comel dan penyabar. Saya sayang dia.

12. Saya seorang
- yang suka berkawan tapi saya juga pemarah orangnya.

13. Adik saya
- dalam mimpi sahaja kerana saya adalah adik saya. wahahah

14. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
- kehidupan saya sebagai seorang pelajar, isteri dan pekerja yang berdedikasi.
- mencari pengalaman baru untuk mengumpulkan kekuatan diri.
- bermain dengan anak saudara saya walaupun mereka agak mengjengkelkan
- menonton video klip Michael Jackson dan Gackt beratus kali kerana pada saya mereka ini sangat berbakat...

15. Bilakah pertama kali anda bercinta?
tahun 1994 dengan suami saya - ketika itu saya berusia 9 tahun heheh

16. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
- saya berusia 24 tahun dan sudah berkahwin. Maklumlah! saya ni pisang panas!

17. Saya rindu
kehidupan di Jepun bersama kawan-kawan di Jepun... dan teman akrab saya ketika saya memerlukan mereka dan ketika senang saya. Nadia, Ariana, Iera, Tasneem, Fatin dan ramai lagi yang tidak perlu saya catatkan

18. Saya tak sabar
untuk berambus dari Malaysia sebab saya sudah bosan tengok Malaysia. Nak pergi mana pon tak tahu kerana dah jalan satu Malaysia.

19. 5 laman yang anda selalu layari:
www.facebook.com
www.blogspot.com
www.gackt.com
www.michaeljackson.com
www.myspace.com

20. Siapa yang anda mahu tag?
semua kawan-kawan yang saya rasa saya suka! haha yang tak ditag bukan tak suka... takut anda tak paham bahasa Malaysia atau awak mungkin kata - hah? merepek la budak ini.

No comments: