Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Friday, April 06, 2012

Perkahwinan dan Cinta?


Dalam kehidupan kita yang serba ada, kita memerlukan cinta dalam diri kita, Tidak kiralah cinta kepada Allah, kepada teman, kekasih atau haiwan. Cinta itu memerlukan segalanya. Pengorbanan, perkongsian, kejujuran, kesetiaan, komunikasi dan rasa tanggungjawab. Banyak yang kita dengar, cinta yang tidak merangkumi segalanya. Kadangkala, kehidupan suami isteri kesunyian kerana hilang komunikasi antara mereka, pengorbanan yang dilakukan tidak kelihatan dan kejujuran disangka buruk, kesetiaan disangka curang dan hilang tanggungjawab.

Sebagai contoh, sebelum bernikah, kehidupan bagai berada di syurga. Segalanya bersama. Dikongsi, jujur dan setia, komunikasi sentiasa dan sentiasa mengambil berat atas pasangan masing-masing dan sanggup mengorbankan segalanya semata-mata untuk kepuasan diri dan harap dihargai.

Setelah diijab kabul, tahun pertama, kedua masih dalam kegembiraan. Setelah beranak 2-3, makin tunggang langgang. kesalahan kecil menjadi besar. Tingkah laku yang loving dan caring menjadi ganas. Curang berlaku. Tidak kira, lelaki atau perempuan. keduanya sama. Hendak disalahkan lelaki, perempuan juga yang selalu memulakan (pihak ketiga). hendak disalahkan perempuan, lelaki pun sama. masakan pokok bergoyang jika tiada angin yang bertiup.

Cthnya, lelaki di dalam kesedihan kerana sering bergaduh atas sebab tidak tahan dengan isteri/pasangan. Sepatutnya mencari sahabat sesama kaum yang bisa menenangkan fikiran kita, yang sepatutnya bisa memberi nasihat untuk cuba berbaik dengan isteri/pasangan. Bukan mencari yang kaum bertentangan, lebih-lebih lagi kaum yang bisa menggoncang dunia, HAWA. Sekali cerita, menjadi kasihan. dua kali cerita, menjadi simpati, kali ketiga, menjadi ambil berat, kali keempat, menjadi kekasih. Ini kerana hati seorang wanita cepat tersentuh dengan kesedihan dan lelaki gemarkan perhatian dari kaum lain.

Pernah terjadi, seorang wanita menangis kerana suaminya mencari wanita lain untuk dijadikan teman berbicara tetapi masih terngiang2 di telinga sebelum mereka diijabkabul, si suami pernah berjanji "sesungguhnya, kamulah teman bicara, teman sehati, teman gembira duka, abang janji takkan sia-siakan kamu," tetapi, apabila bermasalah dengan isterinya, dia terus melupakan segalanya dan bila diungkit, "kamulah yang memulakannya".

pernah juga, seorang lelaki menjatuhkan egonya kerana wanita. Wanita itu mencari lelaki lain utk bercerita masalah dan sering mengaku "sy tidak faham lelaki" atau "lelaki hanya mengikut kata mereka, tidak kami", akhirnya lelaki lain mengambil kesempatan ke atas wanita itu kerana simpatinya. Ada juga yang sanggup memaafkan isterinya/pasangan kerana curang. Bila ditanya, si suami mengatakan "Itu salah aku sendiri kerana tidak berjaya mendidik isteriku ke syurga." atau " itu kerana aku telah gagal membentuk keluargaku". Wanita juga mengatakan "lelaki lain lebih memahami jiwaku darimu kerna itu aku curang" tetapi apabila berkahwin, kadangkala, mereka lagi teruk dari suami kita.

Lagi, seorang wanita yang disayangi suaminya tiba-tiba mendapat tahu suaminya diminati perempuan lain kerana kebaikannya ke atas isterinya. Suaminya yang melayan wanita kedua itu bagai adik, dalam dilemma. Wanita itu bagaikan racun ke atas perkahwinan pertamanya. Namun, direlakan tetapi yang kedua buatkan dirinya dipinggir kerana shihir..Suami yang baik, menjadi hilang tanggungjawab terhadap isteri pertama.

Suami sibuk dengan pekerjaan, isteri harus memahami keadaan. Suami mencari wang untuk kebahagiaan bersama. Tapi selalunya si suami mengambil kesempatan atas keadaan dengan mencari wanita lain untuk keseronokan dimana isteri dirumah setia menanti. Kadangkala, si isteri juga terlalu sibuk mencari wang, hingga lupa tanggungjawab sebagai isteri kepada suami. Temanku, pernah kesunyian kerana suami senantiasa ke luar negara atas urusan kerja, tanpa disedari, suami telah bernikah dengan perempuan lain.

kadangkala, mengapa suami mencari wanita lain - kerna isterinya MasyaAllah, garang melampau. Queen Control. Hinggakan si suami tunduk atas kehendak isteri. Segala kemahuan harus dituruti. Nasihat sikit, dimarahnya bagaikan syurga itu dibawah kakinya. Kadangkala, si suami terlalu mengongkong dan sering menggunakan ayat yang paling dibenci oleh kaum wanita dimana ketika inilah segalanya tentang agama dipertikaikan, "Aku lelaki, aku ada hak untuk kemana sahaja tanpa pengetahuanmu!" atau "Aku ketua di rumah ini, kau tiada hak untuk menghalang aku dari melakukan apa sahaja!" tetapi sedarkah dia? Dia berzina, berjudi dan menjahanamkan diri tidakkah berdosa? Jika masih lagi menggunakan ayat "aku lelaki dan aku berhak!" carikanlah jalan untuk sedarkan dia... Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah berkata "Aku lelaki dan aku berhak untuk lakukan apa sahaja".

zaman dahulu, lelakilah yang harus mencari nafkah. hingga sekarang masih wajib bagi seorang lelaki mencari nafkah. Tetapi malangnya, ramai laki-laki yang mensia-sia-kan kaum wanita dengan membiarkan isterinya mencari nafkah menampung hidupnya dimana dia menghabiskan wang untuk sia-sia. pernah juga terjadi, seorang suami yang bergantung atas isteri mencari wanita lain atas alasan isteri tidak pandai menjaga suami kerna pentingkan pekerjaan dari nafkah. Bila pecah tembelang, isterinya dipukul dan sanggup dia melakukan zina untuk menyakitkan hati isterinya. lebih-lebih lagi isterinya yang menanggungnya.

pendek kata, cinta memerlukan pengorbanan. pengorbanan yang sangat kuat. Contohnya, seorang wanita menyukai seorang laki-laki tapi laki itu tidak punya harta hanya budi bicara. Harta dunia bisa dicari, dikejar. tetapi harta akhirat, hanya tuhan yang bisa memberi. Carilah yang sedap mata memandang, baik dari segala segi dan sekurang-kurangnya tidak malas. Sesama kita nasihat-menasihati.  Kehidupan itu Indah dengan Cinta.

No comments: