Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Thursday, July 10, 2014

Bersyukur - Ada Apa dengan syukur?

Sudahkah anda bersyukur?
Bersyukurkah anda?

Setiap orang yang inginkan kejayaan, perlulah bersyukur dengan apa yang ada. mari saya kongsikan apa yang saya bersyukur selama ini.

saya bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sempurna.
saya bersyukur saya mempunyai 3 orang kakak yang menjadi teman bergaduh dan tempat bergantung saya jika saya memerlukan mereka.
saya bersyukur ibu bapa saya dikurniakan umur yang panjang untuk membantu, mendidik, dan segalanya untuk saya,
saya bersyukur ibu bapa saya seorang yang arif dalam agama islam kerana dapat membantu saya jika saya hilang dalam mencari keamanan
saya bersyukur ibu bapa saya tiada penyakit yang berbahaya
saya bersyukur ibu bapa saya bekerja kerajaan dan punya pencen
saya bersyukur ibu bapa saya masih menerima saya tinggal dirumah mereka walaupun telah berkahwin
saya bersyukur ibu bapa saya menyediakan makan minum kami adik beradik dari kecil hingga ke besar kerana faham kesibukan kami dan ingin mendekatkan hubungan silaturahim kami sekeluarga.
saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk mendalami ilmu agama
saya bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk menjalani kehidupan saya
saya bersyukur kerana bertemu dengan Erin dan diberi peluang berbisnes dengan modal yang rendah dan menggunakan air liur
saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik, penyayang, caring, penyabar dan tahan dengan sikap saya
saya bersyukur kerana keluarga suami saya baik dengan saya dan kurang masalah bergaduh
saya bersyukur kerana suami saya sentiasa bersama saya ketika susah atau senang
saya bersyukur kerana saya dan suami saya bahagia walau kami kerap bergaduh (tak gaduh tak best :P)
saya bersyukur kerana suami saya sentiasa berfikiran positif
saya bersyukur kerana pengalaman yang lepas membawa saya ke hari ini
saya bersyukur kerana setiap hari rezeki saya berbeza. ada yang belanja makan, minum, bekalan, berikan baju/kasut/tudung/seluar/skirt dan sebagainya kepada saya
saya bersyukur kerana setiap hari diketemukan dengan pelbagai jenis manusia dan ragam manusia.
saya bersyukur kerana setiap yang terjadi terhadap suami dan saya, adalah dugaan dan cabaran oleh Allah.
saya bersyukur kerana saya masih mempunyai segalanya berbanding mereka yang tiada segalanya
saya bersyukur kerana saya masih mempunyai mata, kaki, tangan, mulut, telinga, paru-paru, alat sulit, perut, payudara, jari, betis, peha yang masih elok walau calar balar tetap ada
saya bersyukur kerana berjumpa mrs bernard dan jasmine lee untuk perniagaan saya.
saya bersyukur kerana phat fabes membantu saya dalam menaikkan diri dalam perniagaan yobsn saya
saya bersyukur kerana punya kereta sendiri
saya bersyukur kerana punya suami yang memahami kerjaya saya
saya bersyukur kerana berpeluang bernafas lagi didunia ini
saya bersyukur negara saya bebas peperangan
saya bersyukur kerana saya masih boleh menyebarkan agama Islam dengan megah dinegara saya
saya bersyukur kerana dikurniakan akal dan pemikiran yang tangkas dan harus digunakan dengan betul
saya bersyukur kerana bapa saya masih menangggung pembelajaran saya di OUM
saya bersyukur kerana saya punya internet, punya astro dan segalanya untuk membantu saya melihat dunia
saya bersyukur kerana client-client saya ramai dah buat keuntungan berganda
saya bersyukur kerana diketemukan client yang tak berapa cerewet dan tak banyak songeh
saya bersyukur kerana diketemukan client yang mampu nak invest
saya bersyukur kerana saya telah bekerja sendiri dan menentukan gaji saya berapa sehari/seminggu/sebulan/setahun
saya bersyukur kerana Allah swt telah menyedarkan saya bahawa solat itu tiang agama dan agama itu wajib dituntut.

banyak lagi yang perlu saya bersyukur untuk menjalani kehidupan seharian saya. setiap hari inilah yang saya baca dan tulis pakai tangan. ini salah satunya yang membuatkan saya makin semangat nak jalani business saya walau saya terlalu banyak rintangan. ramai orang yang pelik bagaimana saya boleh tahan, saya jawab "hanya Allah yang tahu dan determination saya membuatkan saya kuat. ludah tidak akan dijilat balik".

Rintangan itu adalah peluang keemasan. jangan sia-siakan :)

No comments: