Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Monday, March 18, 2013

Nukilan Kasih Pertama

Kepada yg telah berkahwin, sekiranya suami/isteri xsuka sesuatu tu, janganlah buat. Kita tatau apa jadi akan datang. Kita berkahwin bukan utk sekejap. Eternity.

Sekiranya rasa telah mengabaikan isteri/suami, lakukanlah sebaik mungkin utk pulihkan keadaan. Jangan cari alasan utk cari lain walhal perkara boleh dibincangkan. Kepercayaan dan kejujuran itu paling penting dalam perkahwinan. Perbincangan haruslah kerap dilakukan utk memperbaiki keadaan. Sekiranya terlalu payah nak cerita, ingat kembali zaman bercinta bila Semua benda pon nak bgtau sidia.

Perkahwinan bukan bermaksud sume benda nak cakap. Yg mana harus dicakap, cakap. Yang mana tak patut, diamkan saja. Tapi perkahwinan bukan maksud terikat sampai bisu terus. Boleh berkata2 dengan elok, juga boleh dibawa berbincang. Perbincangan jangan dibawa sekali dengan emosi, memang xjalan. Haruslah dikawal dgn matang. Dah kawinlah katakan, haruslah matang. Kalau perangai mcm budak2, anak pon keliru siapa budak, siapa dewasa.

Pergaulan sebagai seorang suami/isteri diluar haruslah ada batasan. Sekiranya ade orang yang suka sms saja2 'sayang,baby,honey' dan sebagainya, kita yg dah kawin kena ingatkan mereka, 'maaf, saya punya isteri/suami, prbualan begini boleh memudaratkan hubungan kami. Minta jangan lagi sms begini'. Jujur pada mereka. Kalau degil juga, beritahu pada pasangan sesiap supaya mereka tidak marah dan sedih. Sekali terluka, payah nak pulih semula. Lagi2 begini, si Isteri walau die kata okay, payah nak buat dia percaya lagi. Mungkin boleh memudaratkan si Isteri.

Dengan adanya social media, ramai mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri/suami. Yang dok.mengadap pesbuk,twidder, dan sebagainya bila suami dan isteri alpa, anak lupa makan, suami ke isteri sakit, satu tangan pegang hp, sebelah lagi urut depa. Lagu mana tu?

Limitkan diri. Jangan terlalu sibuk dengan kerja, media massa sehingga lupa anak dan isteri/suami. Pandai bahagikan waktu dengan mereka. Kalau payah sangat, buat jadual. Kalau nak berjaya dalam hidup, kunci kebahagiaan ade 3.

1) hubungan sesama manusia
2) kewangan
3) kesihatan

Sekiranya semua ini tiada, payah kita dan kita juga yang rugi. Lagi2 kalau ade suami/isteri yang baik, ikut je cakap, xpernah merungut, dan sebagainya, hargailah mereka. Xperlu dgn membeli barang, luangkan masa bersama mereka merupakan sesuatu yang indah.

Ingatlah, kita berkahwin bukan sebab ikut orang, bukan sebab nak seks sahaja, bukan sebab nak bebas dari keluarga. Kita kahwin kerana tanggungjawab, persediaan kita sbg seorg ibu, ayah, suami, isteri dan anak kepada keluarga kita. Bukan utk membuktikan siapa hebat tapi utk membentuk ummah yang baik,mulia dan sopan.

Datangnya dr Allah segala yang baik, yang buruk datangnya dr Saya. - ostajah pilihan sendiri.

No comments: