Online Experience

Online Experience
Make Money with A Single Click

Tuesday, July 28, 2009

Idola - Yasmin Ahmad dan Michael Jackson

Walau ini tidak berbunyi seperti sajak, tapi ini adalah luahan hati dari seorang peminat yang obses... Hahaha

Yasmin dan Michael,
Kewujudan kamu berdua,
mengindahkan alam semesta,
menyinari bumi yang tidak seceria.

Yasmin dan Michael,
Allah telah meminjamkan kamu,
daripada kami yang memerlukan kamu,
sebagai tunjuk ajar kepada kami,

Yasmin dan Michael,
Kehilangan kamu berdua amat dirasai,
Kewujudan kamu sangat dihargai,
Walau pelbagai cemuhan ditempuhi,

Yasmin dan Michael,
Allah berikan kamu bakat besar,
Allah Jadikan kamu seseorang yang mulia,
Malangnya, manusia tidak menghargai kamu.

Yasmin dan Michael,
Kamu bukan sahaja keluarga,
Malah kamu kawan, sahabat dan teman,
Sesungguhnya kamu teman yang mulia.

Yasmin dan Michael,
Kamu tidak jemu mencurah ilmu,
Tidak jemu mencurah bakti,
Walau dicemuh, kamu teruskan perjuangan.

Yasmin dan Michael,
Walau kamu telah pergi meninggalkan kami,
kamu tetap dalam ingatan kami,
Segala kreativiti kamu menjadi ingatan selamanya
buat kami.

Yasmin dan Michael,
Kamu dicemuh dengan kejam,
Khunsa, Perogol Kanak-kanak,
membuat pelbagai kontroversi,

Yasmin dan Michael,
disudut hati kamu terselit niat yang baik,
walau dicemuh kamu pertahan dengan baik
tunjuk dengan dunia siapa kamu.

Yasmin dan Michael,
Ketabahan kamu amat dihargai,
Kecekalan kamu sangat dipuji,
Legasi kamu akan diingati selamanya oleh kami.

Yasmin Dan Michael,
Semoga kamu bahagia disana,
semoga kamu mencapai ketenangan disana,
apa terjadi sini, abaikan saja,

Kerana kamu berdua telah berjaya,
berjaya membuka mata kepada,
orang orang yang membenci kamu,
sesungguhnya dengan kehilangan kamu,

barulah mereka merasa kamu patut dihargai
ketika kamu masih menikmati dunia.
Benar, kamu patut dihargai dulu,
ketika dunia mengenali kamu

Yasmin dan Michael,
Kedua-dua kamu meninggalkan kami,
25hb Jun dan Julai,
Semoga roh kamu dicucuri rahmat.

Amin.

2 comments:

Zirah said...

damn! cam nak nangis!
i totally agree with u!
dorg dua mmg jadi idol i jgk!
so proud of them..
and i dont understand y people nak down kan dorg..
sbb dorg bagus so nak jatuh kan dorg..
sedih sgt 2 insan yg sgt2 mulia dah pergi..
sorg yg terlampau pencinta kanak2..penyayang..
sorg yg ingin semua bangsa bersatu..yg ingin membuka mata rakyat..

moga dorg di tempatkan di tempat2 org yg beriman..amin~

Ahzam & Wawa said...

I pon nak nangis mase I wrote this...
Yasmin has become my idol ever since she comes out from Sepet and ever since i knew she's the petronas adv. maker.
MJ has been my idol since I was young.. so nothing much la. I even dream will go neverland for him to meet my kids... :)