Kepada yg telah berkahwin,
sekiranya suami/isteri xsuka sesuatu tu, janganlah buat. Kita tatau apa
jadi akan datang. Kita berkahwin bukan utk sekejap. Eternity.
Sekiranya rasa telah mengabaikan isteri/suami, lakukanlah sebaik mungkin
utk pulihkan keadaan. Jangan cari alasan utk cari lain walhal perkara
boleh dibincangkan. Kepercayaan dan kejujuran itu paling penting dalam
perkahwinan. Perbincangan haruslah kerap
dilakukan utk memperbaiki keadaan. Sekiranya terlalu payah nak cerita,
ingat kembali zaman bercinta bila Semua benda pon nak bgtau sidia.
Perkahwinan bukan bermaksud sume benda nak cakap. Yg mana harus
dicakap, cakap. Yang mana tak patut, diamkan saja. Tapi perkahwinan
bukan maksud terikat sampai bisu terus. Boleh berkata2 dengan elok, juga
boleh dibawa berbincang. Perbincangan jangan dibawa sekali dengan
emosi, memang xjalan. Haruslah dikawal dgn matang. Dah kawinlah katakan,
haruslah matang. Kalau perangai mcm budak2, anak pon keliru siapa
budak, siapa dewasa.
Pergaulan sebagai seorang suami/isteri
diluar haruslah ada batasan. Sekiranya ade orang yang suka sms saja2
'sayang,baby,honey' dan sebagainya, kita yg dah kawin kena ingatkan
mereka, 'maaf, saya punya isteri/suami, prbualan begini boleh
memudaratkan hubungan kami. Minta jangan lagi sms begini'. Jujur pada
mereka. Kalau degil juga, beritahu pada pasangan sesiap supaya mereka
tidak marah dan sedih. Sekali terluka, payah nak pulih semula. Lagi2
begini, si Isteri walau die kata okay, payah nak buat dia percaya lagi.
Mungkin boleh memudaratkan si Isteri.
Dengan adanya social
media, ramai mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri/suami. Yang
dok.mengadap pesbuk,twidder, dan sebagainya bila suami dan isteri alpa,
anak lupa makan, suami ke isteri sakit, satu tangan pegang hp, sebelah
lagi urut depa. Lagu mana tu?
Limitkan diri. Jangan terlalu
sibuk dengan kerja, media massa sehingga lupa anak dan isteri/suami.
Pandai bahagikan waktu dengan mereka. Kalau payah sangat, buat jadual.
Kalau nak berjaya dalam hidup, kunci kebahagiaan ade 3.
1) hubungan sesama manusia
2) kewangan
3) kesihatan
Sekiranya semua ini tiada, payah kita dan kita juga yang rugi. Lagi2
kalau ade suami/isteri yang baik, ikut je cakap, xpernah merungut, dan
sebagainya, hargailah mereka. Xperlu dgn membeli barang, luangkan masa
bersama mereka merupakan sesuatu yang indah.
Ingatlah, kita
berkahwin bukan sebab ikut orang, bukan sebab nak seks sahaja, bukan
sebab nak bebas dari keluarga. Kita kahwin kerana tanggungjawab,
persediaan kita sbg seorg ibu, ayah, suami, isteri dan anak kepada
keluarga kita. Bukan utk membuktikan siapa hebat tapi utk membentuk
ummah yang baik,mulia dan sopan.
Datangnya dr Allah segala yang baik, yang buruk datangnya dr Saya. - ostajah pilihan sendiri.
No comments:
Post a Comment